Etimologi nama Luna_Lovegood

Namae Luna dalam Latin bermaksud "bulan". Ini mungkin mengaitkan sikapnya yang lalai dan nyanyuk, kerana sejak dahulu, bulan dikatakan menyebabkan manusia kurang waras (yang mewujudkan perkataan "lunatic" (gila), yang tidak menghairankan menjadi punca kepada gelaran "Loony" (tiga suku)). Dalam cerita zaman dahulu di barat, bulan mewakili gerak hati dan pandangan ke hadapan atau wawasan. Namanya juga menunjukkan yang dia adalah cahaya jiwa dan hati yang baik, seperti dewi bulan Rom Diana. Luna juga dewi bulan masyarakat Rom tetapi telah digantikan oleh Diana. (Versi Yunani bagi Diana ialah Artemis). Selene, dewi bulan lain bagi masyarakat Yunani juga digantikan oleh Artemis seperti juga Luna dan Diana.

Asal nama keluarga "Lovegood" lebih kabur. Jelasnya kata "love" (cinta) dan "good" (kebaikan), menunjukkan makna secara positif (seperti "perlawanan antara kebaikan dan kejahatan, cinta dan benci"). Perkara tersebut boleh dikaitkan dengan perwatakan baik Luna, atau kebiasaan peribadinya. Nama keluarganya juga boleh merujuk kepada Elliot Lovegood Grant Watson, yang menulis beberapa buku yang menentang Darwinisme selepas beliau dibesarkan oleh ibu yang mengkagumi Darwin. Itu menunjukkan bagaimana The Quibbler menyerang kepercayaan yang dipercayai ramai.